Monday, February 14, 2011

Puisi sempena Maulidur Rasul


Ketika Ababil menghancur Abrahah,
Gembira amat manusia makkah,
Alam gelita bercahaya terang,
Tamatlah duka selepas perang,
Terpadamlah api biara Majusi,
Tanda lahirnya putera yang suci,
Turunlah sudah rahmat dari yang esa,

Yang terpuji namanya Al-Amin gelarannya,
Tabligh agar dakwah berterusan,
Amanah dalam tiap perbuatan,
Siddiq dalam tiap pertuturan,
Fatanah dalam tiap perlakuan,

Al-alaq diturunkan demi ilmu,
Al-mudasir diturunkan tanda kerasulan,
Bermulalah tugas suci baginda,
Yang benar ditegak,
Yang mungkar dicegah,
Rintangan ditempuh,
Godaan dijauhi,
Harta, pangkat, wanita,
Bukan pilihan,
Kalau saja matahari dikanan,
dan bulan dikiri,
Tidak berubah impian dakwah,
Selagi kemenangan tidak dicapai,
Selagi darah masih mengalir,
Jihad dihati tidak berubah,

Hinaan, cacian,
Tidak memudarkan warna jihad,
Pada kain syahadat,
Untuk pakaian akidah,
Walau darah pernah membasahi bumi Taif,
Tawaran jibril menghancur Thaqif,
Tidak dibenarkan oleh hati suci,

Ketika Izrail mencabut nyawa,
Lidahnya basah menyebut ummati,
Namun senyum masih diukir,
Walau pedih menyeksa jasad,
Risau akan umat,
Adakah akidah tetap teguh,
Adakah iman tetap utuh,
Adakah takwa takkan roboh,
Adakah syariat dilaksanakan penuh,

Wafatnya baginda,
Bukan ertinya berakhir senyum,
Benih Islam tetap tumbuh,
Pohonnya melindungi pondok akhlak,
Bunganya menghiasi alam indah,

Selawat dan salam ke atas baginda,
Engkaulah bulan, engkaulah bintang,
Sunnah dan Al-Quran jadi pegangan,
Buat muslim sepanjan zaman...



Thursday, February 10, 2011

puisi untuk cinta...



debaran hati menjelma,
tika mata bertentang mata,
hati terpaut,
pada indah paras rupa,
atau mungkin indahnya budi,

laknatullah menghasut,
terpupuklah mesra,
alasannya habluminannas,
ikhlaskah jiwa??

bila berdua,
umpama dalam mimpi,
kononnya adam dan hawa,
hakikatnya cinta tak sehebat zulaikha,

tewaslah pria dan dara,
di tengah lautan nafsu,
tercalar maruah seorang wanita,
hancurlah sudah iman didada,
anak tak berdosa menjadi mangsa,

buat jejaka,
jadilah pelindung bukan perosak,
nafsu dihati jangan diturut,
mantapkan akidah kuatkan jiwa,
amal terlaksana fardu dipenuhi,

untuk wanita,
jadilah seperti pohon semalu,
durinya tajam disentuh jangan,
jadilah muslimah sejati,
menjadi serikandi harga diri tinggi,

kepada cinta,
cukuplah sudah sucimu dicemar,
oleh insan jahiliyyah,
indahmu patut dipelihara,
pada jalan sebenar menuju kebenaran,

wallahualam.....bersama kita berubah kearah kebenaran....
ingatkan daku sekiranya terlupa....
salam ukhuwah!!!

Wednesday, February 9, 2011

puisi:nikmat seketika di bumi tuhan



Sesaat di dunia,
sempat juga mengukir senyum,
menyanyi sebentar lagu tangis,
walau hanya seketika,
sebelum Izrail mencabut nyawa,

Mama,
belum puas ku peluk dirimu,
rindu diriku akan kucupmu,
aku perlu belai darimu,
namun waktu merampas kasih,

Papa,
aku sayang akan dirimu,
tidak sempat aku bermanja,
tidak dapat aku menatapmu,
belum puas aku bersamamu,

Tangisku yang seketika cuma,
lambang rakus khalifah hina,
yang tewas pada nafsu,
yang tergoda dek bisik syaitan,
yang rapuh iman rendah akhlak,

aku gembira dengan nikmat ilahi,
walau seketika saja melihat maya Allah,
aku sedih jadi mangsa serakah,
sebelum mati ibarat sampah,

tali pusat ini saksi,
lahirnya mangsa tak berdosa,
andai saja kau yang merasa,
baru kau tahu perit diriku,
ampunkan aku ayah ibu,
di sana nanti,
kaukan ku tunggu dipintu syurga,
walau mungkin kau tak kunjung tiba...
waallahualam...insaflah generasiku...!!!!

Saturday, February 5, 2011

Sajak/puisi!!!


Ini memang favourite aku. Dari sekolah rendah sampai menengah inilah cabang seni yang paling aku minati dan sering buat last minit preparation. Penghayatan, bermain kata, jiwa yang tenang dan bermacam-macam lagi yang akan aku rungkaikan dalam post akan datang.Percayalah impak besar kepada penonton sehingga membuat bulu roma berdiri jika persembahan anda mantap. Dakwah kesedaran dan sebagainya yang terlintas dalam emosi anda dapat disalurkan dalam seni ini. Kagumi lah sasterawan negara seperti A Samad Said, Usman Awang dan sebagainya. Sajak Medan emosi kearah kegemilangan masyarakat sejagat.

Pentomen!!!


Gambar ini diambil semasa pertandingan pentomen satu malaysia di sekolahyang saya sertai. Walaupun tewas yang tidak tahu dinana silapnya(terkejut besar semasa tahu keputusannya,hehe), persembahan ini amat bermakna dan menarik kerana saya berpeluang untuk bersyarah, bersajak, berpantun, bersyair dan berdrama dalam satu persembahan. Segala skill diuji semasa menjalani seni ini. Cabaran Pentomen Untuk Insan Bergelar Man!!!!!heheh

Syarahan Agama!!!


Gambar ni diambil semasa pertandingan syarahan agama di Semporna. Seni ni baik untuk kita berdakwah sambil memperkaya ilmu tentang Islam. Selain itu, kita juga mampu membina jati diri serta melatih diri berpidato untuk menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Banyak membaca dan bijak menghurai adalah  kunci utama dalam seni ini. nanti saya akan dedahkan tips seterusnya yang diajar oleh coach saya, Ustaz Puzi dalam post akan datang. Syarahan Agama meddan tarbiyah peribadi ummh!!!

DramaKInG!!!!!!

Sepeti biasa,buat kali pertama ni, saya akan terus merungkai kenangan semasa di pentas. Drama adalah salah satu seni yang memerlukan kita untuk menghayati watak sepenuh jiwa. Mesej-mesej tertentu akan disampaikan semasa berdrama. Seperti nasyid juga, seni ini telah menyumbang kepada merit negeri sebanyak dua kali untuk markah kokum saya.  Suara mesti jelas, penghayatan yang mantap, bijak menggunakan stage dan macam-macam lagi yang akan saya rungkaikan dalam post saya yang akan datang. Drama untuk semua!!!

SENI NASYID UNTUK DAKWAH!!



Nasyid adalah seni pertama yang menjadi pilihanku. mungkin sebab spesial atau banyak gambar. Seni ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau melalak tidak tentu arah sebaliknya adalah salah satu cabang dakwah islamiah. Seni nyanyian ini lebih sukar saya kira berbanding rock dan rap di mana seni ini memerlukan kawalan suara yang lebih tinggi berbanding yang lain.(coach kami cakapla) gambar di atas tu adalah pasukan nasyid sekolahku yang dianggotai oleh saya(hasan), hafizz, auzai,sufrizan, zainurin dan dibimbing oleh Ustaz Yusri, Ustaz Kasri, Ustaz Aziz, Cikgu Mad Tamada dan banyak lagi. Semuanya power. Merekalah yang banyak mendidik kami dalam seni ini. Menariknya, pesanan utama coach kami,-menyanyi untuk dakwah, bukan menang semata-mata. Untuk seni ini, kita kenalah  kawal suara(aku xlah bagus sangat), jangan nervous, ingat gaya, jangan lupa lirik(pernah buat lirik sendiri masa di pentas haha). Yang penting,keep focus!!! Bernsyidlah demi dakwah!!!

SUARA DARI PENTAS

Blog ini menceritakan pengalaman serta sedikit ilmu yang tidaklah seberapa selama berada di alam persekolahan. Takut, gementar serta bermacam-macam perasaan yang rumit dihadapi sewaktu melakukan sesuatu dihadapan ribuan mata yang memandang kita. selain itu, saya jugga akan memasukkan sedikit sebanyak karya yang saya cipta untuk tatapan dan dihayati oleh pembaca. Oleh itu, saya amat berharap agar blog ini sedikit sebanyak membantu pembaca yang budiman untuk mempelajari sedikit ilmu daripada saya yang lemah ini.