Friday, March 11, 2011

puisi untuk perpaduan

Sudah kering bumi suci
dek darah yang dulu yang membasah
sudah kering air mata
yang dulu diperah duka sengsara

lantang kalimah merdeka
apabila jarum menuju angka
tersenyum manusia
terbayarlah darah syuhada
tersenyumlah para mujahid
dan gembiralah intelektual

lebih lima dekad masa merangkak
populasi bertambah presepsi berubah
demokrasi dicabar keamanan tercalar
bangsa berlaga 
tidak sedar diadu domba
oleh pihak ketiga
yang mencemar udara keamanan

Generasiku,
usahlah jadi parasit bangsa
yang menghancur sebuah komuniti
usahlah jadi si anai-anai
menghancur rumah merdeka
usahlah jadi si burung murai
menabur janji tidak dikota

tembok assabiah sudah lama runtuh
yang dulu jadi pemisah
oleh sifat enau dalam belukar
jadilah pendokong aspirasi negara
padamkan dendam di hati nurani
tuluskan hati dalam ukhuwah
demi satu perjuangan suci 
memaju ummah didada insani
membina minda hadari masyarakat madani
memacu sebuah transformasi
ke arah satu misi
mengubah mimpi menjadi realiti

lama  tak berkarya ni. maaflah sebab tiada masa. saya dapat rasa puisi kali ni kurang indahnya dan tenaganya. jadi, maaflah kepada pembaca jika nukilan kali ini terlalu rendah mutunya. mohon tunjuk ajar daripada anda. nanikan kemunculan karya saya nanti dalam bentuk lain pula... WAALAHUALAM....


IKHLAS DARIKU,
Hassan Thani

No comments:

Post a Comment