Saturday, August 29, 2015

ITU KAMU

seindah bidadari syurga itu kamu,
segemerlapan bintang malam itu kamu,
secantik sinar rembulan itu kamu,
seputih melati mekar itu kamu,
seharum mawar berduri itu kamu,
senyum semanis mentari pagi itu kamu,
bibir semerah delima segar itu kamu,
lemah lembut menambat hati itu kamu,
tinggi adab unggul peribadi itu kamu,
mulia pekerti suci hati itu kamu,
utuh prinsip menjaga diri itu kamu,

namun, 
terpanahnya cinta pada hati kontang,
bukan sebab indahnya kamu,
kerna pasti Dia maha indah,
bukan sekadar budi juga akhlak,
kerna pastinya dia maha sempurna,
tapi, 
dari doa dan rasa suci,
pada hati yang tak henti teriak,
bahawasanya,
 yang kucinta, 
yang ku sayang,
yang kumahu,
ITU KAMU...

9.07 29ogos2015 kudat